Sahabat

Saturday, September 25, 2010


Ilustrasi: Caj +ve dan -ve Dalam Badan


FAKTA SAINS: SOLAT JEMAAH
Sumber Asal: Berita Harian

Profesor AS akui solat berjemaah tersirat aspek sains fizik

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli


SEORANG profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.


Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.


Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.


Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.


Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh.


Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.


Beliau berkata, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam.


Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan tubuh badan yang penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.


Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh badan yang sudah digunakan.


Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.


Keadaan sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ia menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.


Seperti solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.


Lazimnya, selepas waktu Asar, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.


Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.


Timbul persoalan dalam fikiran profesor itu mengenai solat Isyak yang dikerjakan sebanyak empat rakaat.


Secara logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan kegiatan dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.


Selepas kajian lanjut dilakukan , didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak.


Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.


Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).


Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.


Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam semesta ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.


P/s : Jangan plak solat dilakukan hanya semata untuk mendapatkan kelebihan di atas. Buatlah kerana Allah. Yang lain-lain tu anggaplah sebagai bonus daripadaNya

Monday, September 20, 2010

Apa Maunya Israel?
[ 21/07/2010 - 12:06 ]

 
Dr. Fayez Abu Shamalah
Para elit Israel sesungguhnya sedang bingung menentukan solusi politik dengan Palestina. Karenanya, mereka terpecah-pecah dalam partai-partai. Setiap partai juga terpecah lagi. Ketika PM Israel yang merupakan ketua Partai Likud menuntut perundingan langsung dengan Israel, maka wakilnya Mosa Yaalon menegaskan secara resmi bahwa tidak ada harapan perundingan permanen dalam jangka waktu dekat. Ada consensus di kalangan Israel bahwa perundingan apapun tidak akan menghasilkan apa-apa. Pemikiran ini dianut oleh Mosa Arnes dari Partai Likud yang tidak memiliki pandangan soal Tepi Barat kecuali harus masuk ke wilayah Israel dan tidak menolak disatukannya warga Tepi Barat ke Israel.
Sementara sikap Partai Buruh pimpinan Ehud Barak, justru tidak memiliki gambaran solusi politik. Partai ini hanya menjadi kelompok menteri tanpa ada yang mengatur. Mereka hanya ingin konflik dengan Palestina hanya masalah perbatasan dan tidak berubah menjadi konflik agama ideologis yang tidak berpihak kepada kepentingan Israel.  pendapat terakhir ini dianut sebagian elit partai Kadema. Pada saat ketua Kadema Tsepi Livni mendukung berdirinya negara Palestina tanpa senjata, tanpa Al-Quds, tanpa wilayah lembah, tanpa kembalinya pengungsi Palestina, tanpa kedaulatan penuh, dan pemukiman yahudi tetap menjadi bagian dari negara Israel, justru orang kedua di partai yang sama Shaol Movaz mengusulkan Otoritas Palestina didirikan di 50% wilayah Tepi Barat di fase pertama. Setelah loyalitas Palestina terbukti, keamanan dijaga dan berhasil dalam tugas yang dibebankan Israel, maka pengaruhnya akan diperluas.
Barangkali elit Israel yang paling berani soal ideology Israel adalah Avidgor Lieberman, ketua partai Israel Betena. Ia menyampaikan rencana politiknya tanpa berkoordinasi dengan partai lainnya. Bahkan tanpa diajukan ke pemerintah. Ia lebih paham dari lainnya soal bahwa tidak ada consensus di Israel soal solui politik. Karenanya, ia mengusulkan agar Gaza dibuang dan dilupakan dari tanggungjawab Israel secara hukum sebagai wilayah jajahan dan dilepaskan dari Palestina. Sementara, Al-Quds dia mengusulkan agar di luar pembahasan. Untuk wilayah lain di Tepi Barat, Lieberman mengaku bahwa itu adalah tanah nenek moyang Israel. Ia siap secara politik bertukar tanah dan warga dengan entitas Palestina.Namun mereka harus disatukan dengan Israel yang mesti murni yahudi. Selain itu, Libermen tidak peduli.
Usulan Lieberman ini membuat elit-elit Israel tidak berdaya menjawab pertanyaan: apa sebenarnya maunya Israel? Apa rencana perdamaian yang disepakati oleh Israel? Tanah Palestina yang mana yang dijajah yang bisa dilepaskan oleh Israel secara suka rela kepada Palestina? Ini sejumlah pertanyaan dimana kebanyakan yahudi di Israel menghindar untuk menjawabnya? Sementara lisan riil mereka (hukum tak tertulis) mengatakan, Israel ingin semua wilayah Palestina dengan pengakuan internasional dan didukung orang Palestina, Israel ingin keamanan dan stabilitas dengan syarat tugas itu dilakukan oleh aparat keamanan Palestina, Israel ingin perdamaian dengan dunia Arab yang diupayakan oleh orang Palestina, Israel ingin menyepakati perundingan tanpa syarat selama-lamanya. (bn-bsyr)

Memahami Allah Subhanahuwata’ala. Dan Tuhan Yang Kita Kenali

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullah.
Memahami Allah Subhanahuwata’ala. Dan Tuhan Yang Kita Kenali
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t. marilah kita bersama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita benar-benar faham dan kenal akan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. serta tahu menggunakan nama-nama Nya yang baik dan meninggalkan pula panggilan yang tidak selayaknya bagi Allah.Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah maha Esa lagi Tunggal dan Allah s.w.t juga mempunyai 99 nama-nama Nya yang maha terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya yang maha terpuji itu sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah tuhan dan tuhan itu Allah. Ketika berdoa, mereka akan bermohon dengan menyebut : ‘ Ya Allah Ya tuhanku ’. Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya? dan adakah kita benar-benar yakin bahawa perkataan ini diterima dan diredhai Allah meskipun kita memberikan alasan penggunaannya telah diterima oleh manusia ? Tahukah kita bahawa pengertian perkataan ’tuhan’ sebenarnya adalah berbeza dengan perkataan ’Robb’ dan ’Illah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca walaupun selama ini kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu ‘tuhan’ (sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja ). Walhal, Para Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah adalah dari kalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: ” sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia”. (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata.    ( Surah An-Nahl – ayat 103 ).
Al-Quran telah menyebutkan bahawa Robb atau Illah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita mengambil contoh, sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini perkataan ‘Nabi’ itu adalah tetap disebut sebagai ‘Nabi’ tanpa ada kata ganti nama yang lain baginya. Mengapakah bagi nama Allah  dengan sengaja kita ( bangsa melayu ) mengadakan satu ganti nama yang lain pula dengan menyebut perkataan ‘tuhan’ itu? Kita sememangnya tidak layak untuk memberikan kata ganti bagi nama Allah melainkan perkataan Robb atau Illah saja sebagai kata ganti bagi merujuk kepada Allah seperti yang terdapat didalam Al-Quran. Nama Allah hendaklah kekal dan perlu sentiasa disebut sebagai Allah  kerana ia merupakan sebuah nama khas yang bersifat ‘universal’ ( sejagat ) yang telah diwahyukan oleh Allah melalui para Rasul dan telah dikenali oleh umat Islam diseluruh dunia.
Umat Islam selain bangsa melayu di seluruh dunia tidak akan faham jika kita menyebut perkataan tuhan kepada mereka dan mereka juga tidak perlu untuk menyebut perkataan tersebut kerana ia bukan satu tuntutan ( tiada hukum yang mewajibkan supaya mesti menyebutnya ) kerana hanya nama Allah yang dituntut untuk dikenal dan disebut oleh umat Islam.Apabila kita bertanya kepada umat Islam berbangsa asing sebagai contoh penjual karpet berbangsa Pakistan yang ada didalam negara kita ini mengenai perkataan tuhan, pastinya mereka akan menggelengkan kepala tidak mengetahui akan perkataan itu. Tetapi, apabila disebut nama Allah, mereka sedia mengakui akan keesaan Allah kerana sifatnya Yang Maha Besar ( terkenal diseluruh dunia ) sedangkan sebutan tuhan hanya dikenali di empat buah negara di rantau asia tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei sahaja. Jika ditanya kepada negara-negara lain selain empat buah negara ini mengenai perkataan ’tuhan’ itu, sememangnya mereka tidak mengetahuinya. Oleh yang demikian, umat Islam di Malaysia khususnya hendaklah menyebut nama Allah sahaja kerana Allah adalah Pencipta kita dan sebagai ‘TUAN’ bukan ’tuhan’ yang empunya kepada seluruh alam ini termasuklah bangsa-bangsa lain yang ada diatas muka bumi ini dimana kesemuanya akan hanya menyebut nama yang satu iaitu Allah. Definisi perkataan tuhan juga adalah tidak sesuai dan sangat bertentangan dengan kesucian Zat Allah s.w.t. yang maha tunggal berdasarkan fakta yang akan dikemukakan dibawah .

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

Pertama
Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita’. Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa  Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan ‘Tuan’ telah berubah menjadi ‘tuhan’. Dengan kata lain, Leijdecker orang yang pertama kali menulis perkataan Tuhan. Sila rujuk laman web ( http://wiriajaya.multiply.com/journal/item/85 ).
Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan tuhan masuk  kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai ‘pelesetan’ atau ’salah tulis’ oleh seorang Belanda. Tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Illah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah.
Kedua :-
Perkataan tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang digunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai tuhan. Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah. Sebenarnya, perkataan ’tu’ bermaksud Kepala dan ’han’ pula bermaksud Dewa : Kepala Dewa. Seperti yang kita ketahui, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala dua . Umat Islam di Malaysia perlu memahami bahawa perkataan tuhan yang terdapat didalam terjemahan al-Quran yang ada hingga ke hari ini sebenarnya menerima pengaruh dari bahasa Indonesia kerana terjemahan kitab Al Quran pada awal kemunculannya dinegara kita banyak dibawa masuk dari Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia sedangkan  perkataan tuhan itu sendiri tidak ada maknanya bila cuba diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Pengertian Robb dan Illah.

‘Robb’.
Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. Pengertian  ‘Robb’ adalah sangat meluas lagi meliputi dan ia merupakan sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Mencipta, Mendidik dan Mengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana definisi perkataan tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah. Mengapa perlu kita menyebut perkataan yang sama disebut oleh orang yang bukan Islam dimana mereka juga mendakwa mempunyai tuhan sedangkan tuhan bagi mereka itu langsung tidak mempunyai pengertian ’Robb’ seperti dijelaskan diatas kerana ’Robb’ itu hanya layak bagi Allah s.w.t yang maha agung. Sebutan yang sama tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Bukankah ini mengelirukan? sebagai langkah yang lebih selamat, umat Islam perlu mengelak dari menyebut dan berdoa dengan menyebut perkataan tuhan. Berdoalah dengan berkata :” Ya Allah Ya Robbi..”. yang bermaksud: ”Ya Allah wahai Pengaturku.. atau Pendidikku.. atau Penciptaku.. biarlah hanya orang bukan Islam yang menyebut perkataan tuhan itu.
Illah’.
Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimah  Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata ’Illah’ yang seringkali diterjemah dengan perkataan tuhan. Dalam bahasa arab ‘Illah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”
Selain itu, di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Kesempurnaan Allah s.w.t. / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukannya sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal, tidak berbilang-bilang. Perkataan tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana di negara kita Malaysia, orang bukan Islam juga memanggil berhala-berhala mereka sebagai tuhan (tuhan Hindu, tuhan Buddha, tuhan Kristian dll.) Ini menunjukkan sifat tuhan itu adalah berbilang-bilang dan masih ada perbandingan. Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang dikenalpasti sedangkan pada hakikatnya hanya Zat dan Sifat Allah Taala saja yang wujud dan mentadbir seluruh alam ini. Tiada yang lain. Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak (sebagai Pencipta / Robb / Illah kita) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka (tidak perlu ada tuhan) bagi membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu pun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.
Marilah kita berusaha membiasakan bibir dan lidah kita untuk banyak menyebut nama Allah bagi menggantikan perkataan tuhan didalam perbualan seharian dan ketika kita berdoa kepada Allah. Janganlah lagi kita menganggap tuhan itu adalah Allah kerana tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa Melayu selama ini. Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan tuhan, seolah-olah kita telah meletakkan alamat yang salah bagi  menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul. Ini menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia. Kita menyangka dengan menyebut tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik kepada Allah.
Dikalangan masyarakat melayu Islam, kita sering mendengar ayat yang berbunyi ” ajal maut, jodoh pertemuan ditangan tuhan”… mengapakah begitu sukar sekali bagi umat Islam untuk menyebut nama Allah? bukankah lebih elok jika kita berkata ”ajal maut, jodoh pertemuan adalah hak Allah..” itulah yang lebih tepat sebenarnya.. namun realitinya kita sudah terlalu asyik dan gemar untuk menyebut tuhan. Sebenarnya, naluri dan fitrah yang dijadikan oleh Allah terhadap umat Islam sering mendorong kita untuk menyebut namaNya, sebagai contoh ketika kita sakit adakah kita mengaduh dan menyebut perkataan tuhan? sudah tentu tidak, melainkan yang disebut adalah nama Allah. Apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu pada ketika itu kita akan berkata telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah tuhan.. tetapi mendukacitakan pada waktu yang lain pula ramai dikalangan kita dengan sengaja memilih untuk menyebut perkataan tuhan berbanding menyebut nama Allah sedangkan sepatutnya kita perlu bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah. Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan tuhan berbanding nama Allah itu sendiri. Adakah kita lebih selesa menyebut perkataan tuhan lebih daripada Allah? Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah…
Umat Islam sedia mengetahui bahawa Rukun Iman yang pertama jelas mewajibkan kita supaya beriman dan percaya kepada Allah.. dan jika kita ditanya oleh guru di sekolah atau ketika menjawab soalan peperiksaan tentang rukun iman  bolehkah jawapan percaya kepada tuhan  dapat diterima sebagai jawapan yang betul? Di Malaysia kita dididik untuk menjunjung prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan. Adakah perkataan tuhan yang diikrarkan oleh seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada kefahaman yang sama atau berbeza-beza mengikut agama masing-masing? Jika kita berpendapat ia mengikut agama masing-masing ini bermakna tuhan itu memang banyak dan adakah kita mengiktiraf agama yang selain Islam itu kerana mereka juga menyebut perkataan tuhan..? renungkanlah.. Perhatikan pula contoh perbandingan diantara senikata lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Sejak sekian lama lagu negeri Johor telah menggunakan nama Allah yang turut dinyanyikan juga oleh pelajar bukan Islam tanpa sebarang masalah yang berbangkit. Bukankah ini merupakan satu contoh yang baik untuk diikuti dimana  kita boleh menggantikan perkataan tuhan itu dengan nama Allah samaada didalam lagu Negaraku, Rukunegara atau lain-lain lagi dan yang lebih penting lagi adalah ketika kita beribadah kepada Allah khususnya ketika berdoa supaya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah s.w.t.
Sila rujuk senikata kedua-dua buah lagu dibawah ini:
Lagu Negaraku
Negaraku, tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup ,bersatu dan maju
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita, selamat bertakhta
Lagu Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa menaungkan kami
Rakyat dipimpini bersama lagi
Dengan perintah bersatu hati
Allah berkati Johor, Allah selamatkan Sultan
Mudah-mudahan, apabila terdetik didalam hati dan sanubari kita untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah, akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua. Insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita tidak lagi menyebut perkataan tuhan itu. Akan tetapi, sangat merugilah jika kita tidak mahu menyebut nama Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat. Meskipun penggunaan perkataan tuhan ini telah sekian lama berlarutan, adalah diharapkan agar para Alim Ulama, para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut : “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah lebih indah berdoa kepada Allah dengan cara yang sebegini daripada menyebut perkataan tuhan yang telah kita sedia maklum erti sebenar perkataan itu.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.    ( Surah Al-A’raaf, ayat 180 )
Penjelasan ini bagi sesetengah pihak mungkin ada yang beranggapan hanyalah membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya. Jika demikian, bolehkah kita terima apabila seseorang yang memanggil kita dengan nama yang buruk dan tidak kita sukai tetapi ia mendakwa didalam hatinya menyebut nama yang baik..dan bolehkah kita melakukan amalan zikir dengan menyebut perkataan tuhan manakala nama Allah hanya disebut di dalam hati..? sudah tentu tidak, kerana apa yang diisbat (disebut) didalam hati hendaklah sama dengan apa yang diucapkan dibibir supaya ia menjadi ibadah yang diterima oleh Allah. Jika difikir dengan akal fikiran yang waras, perkataan tuhan agak janggal dan sememangnya tidak boleh dizikirkan sedangkan Allah dan 99 nama-namaNya yang baik boleh dizikirkan. Perkataan tuhan itu juga apabila disebut secara berulang-ulang kali akan menjadi perkataan yang kurang elok. ( tuhantuhantuhantuhan : hantu ) Nama tuhan juga tidak tersenarai di dalam Asma ul-Husna. Jadi, adakah kita masih ingin menyebut perkataan yang tidak selayak bagi Allah? Sedari dan yakinilah bahawa diatas dunia ini mungkin ia dipandang ringan oleh manusia. Akan tetapi, kita bimbang jika ia menjadi sesuatu yang sangat berat setelah kita menghadap kepada Allah s.w.t. diakhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan aqidah kita disisi Allah s.w.t. adalah melalui perkataan. Walaupun kalimah ‘’Lailahailallah’’ itu ringan dibibir tetapi timbanganya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia..
Berwaspadalah wahai umat Islam, kerana kadangkala Allah mendatangkan ujian kepada hamba-hambanya didunia ini dengan sesuatu yang dianggap oleh manusia sebagai perkara yang remeh tetapi ia sebenarnya mempunyai makna yang sangat besar kepada Allah..Sebagaimana kita belajar tentang ilmu solat, kaji dan pelajarilah juga pengertian yang sebenarnya tentang ilmu dua kalimah syahadah, insyaallah kita tidak akan memandang remeh tentang perkara yang dikemukakan ini. Jika ditanyakan persoalan ini kepada manusia disekeliling kita sudah tentu akan timbullah berbagai pendapat dihadapan kita.. tetapi ingatlah bahawa kita mempunyai Allah yang Maha Mencipta, Maha Mengatur dan Maha Mentadbir seluruh kehidupan kita ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui benar atau salahnya sesuatu perkara. Oleh itu berhubunglah dengan Pencipta Yang Maha Mengetahui ini.. marilah kita kembali rujuk kepada Allah kerana hanya kepada Allah sebaik-baik yang memberikan petunjuk.. Lakukanlah solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah kerana sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah, inilah tindakan yang sangat wajar kita lakukan dalam mencari kebenaran.
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, cuba perhatikan dengan mata hati kita apakah rahsia disebalik cerita dunia yang berlaku disekeliling kita kebelakangan ini.. berbagai bencana telahpun diturunkan antaranya tsunami, gempa bumi, masalah ekonomi sehingga yang terbaru penyakit yang membawa maut iaitu H1N1 atau selesema babi. Ia juga sebenarnya adalah al-wabak yang bertindak diatas perintah Allah. Adakah ia merupakan salah satu tanda semakin hampirnya umur dunia ini hendak sampai ke penghujungnya?..Telah bersediakah kita untuk menghadapinya? Hakikatnya, manusia diseluruh dunia semakin panik kerana nyawa mereka semakin terancam tetapi apakah yang mampu dilakukan oleh manusia bagi menghadapinya? Kita umat Islam sudah tentu akur akan kehebatan Allah s.w.t. yang tiada tolok bandingnya ini..tetapi adakah kita telah benar-benar faham akan mesej dari Allah bahawa segala bencana yang didatangkan kepada kita itu adalah sebagai peringatan dari Allah kepada kita supaya kita segera  kembali bertaubat kepadaNya.? Pada hari ini kita melihat masih ada ulama yang terus berbalah sesama mereka disebabkan berlainan pendapat dan sudah terlalu banyak perkara mungkar yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia.. Maka, tidak mustahil akan ada lagi peringatan Allah yang lebih dahsyat daripada apa yang telah kita saksikan pada hari ini jika kita terus tidak mahu memahami peringatan Allah ini.
Pada ketika ini juga mungkin ada dari kalangan kita yang keliru ketika berdoa apabila meminta agar Allah tidak menurunkan bencana keatas manusia sedangkan takdir Allah pasti akan berlaku dimana Allah sangat Bijaksana dalam memperbuat sesuatu. Adalah tidak wajar jika kita meminta supaya Allah tidak menurunkan bencana kerana Allah bersifat Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu sedangkan bencana tersebut disisi Allah sebenarnya mempunyai hikmah yang tidak kita ketahui malah bertujuan baik kepada mereka yang lalai agar segera insaf dan tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah. Jika kita meminta supaya Allah tidak menurunkan bencana seolah-olah kita mahukan manusia terus melakukan maksiat tanpa ada peringatan. Bagi orang-orang yang beriman, jadikanlah bencana yang sedang kita hadapi ini sebagai satu peringatan yang dapat menghidupkan hati-hati kita bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Berdoalah kepada Allah s.w.t. dengan menyebut namaNya yang maha terpuji ( tanpa menyebut perkataan tuhan ) dan pohonkanlah kepada Allah agar kita dan semua orang-orang yang beriman kepada Allah sentiasa dipelihara dan diselamatkan dari bencana meskipun ia terus berada disekeliling kita kerana jika Allah menghendaki suatu bencana itu turun tiada siapa yang dapat menghalangnya.
Dengan lafaz Allahu Akbar! Bismillah!, Allahu Akbar! Bismillah!, Allahu Akbar! Bismillah! Sekali lagi kami memperingatkan dan menyeru kaum muslimin dan muslimat sekalian agar kita semua dapat bersama-sama untuk mensucikan nama Allah dan perbanyakkanlah menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang masih berbaki ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. akan tetap melindungi dan menyelamatkan kita dari segala perkara yang tidak kita ingini termasuklah bencana yang diturunkan Allah ke atas muka bumiNya ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Seruan kami hanyalah untuk kita bersama-sama memperbanyakkan menyebut nama Allah, mentauhidkan Allah dan mensucikan nama Allah. Sekiranya anda meyakini dan dapat menerima apa yang disampaikan disini sebagai satu kebenaran, kami amat bersyukur dan mendoakan agar anda beroleh rahmat dari Allah s.w.t. didunia dan akhirat kerana sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya, tetapi jika penerimaan anda adalah sebaliknya maka terpulanglah kepada diri anda sendiri kerana tugas kami hanyalah menyampaikan dan menjelaskannya sebagai satu peringatan semata-mata kerana Allah.
Mudah-mudahan peringatan ini dapat memberikan manfaat. Janganlah pula kita mahu menunggu sehingga datangnya peringatan yang lebih keras dari Allah kerana peringatan yang datang dari Allah adalah tidak sama dengan apa yang disampaikan sesama manusia dan jika kita menganggap peringatan ini sebagai sesuatu yang remeh janganlah pula kita menyesalinya kelak apabila Allah sendiri yang mendatangkan peringatanNya kepada kita.
Harapan kami semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan yang besar sebelum datangnya ajal ataupun detik kehancuran kepada seluruh alam ini. Akhir kata, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Wallahi! Wabillahi! Watallahi!, Kami bersumpah atas nama Allah bahawa apa yang kami sampaikan ini adalah satu kebenaran. Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah.
Mensucikan Nama Allah
ilhamhikmah@gmail.com

Detik Hitam 21 Ogos, 1969


Kenapa dengan 21hb Ogos? Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan.

Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari-suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian?
Tidak, sekali-kali tidak.

Michael Rohan sebenarnya tidaklah bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai 'Solomon Temple' atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersendiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia.

Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.

Apakah kesan pembakaran tersebut?
Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut.

Tindakan biadab tersebut telah menyebabkan:
  • Sebahagian besar Masjid Al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid.
  • Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus.
  • Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat Al-Quran.

Apakah peranan O.I.C?
Pembakaran Al-Aqsa telah mengundang aksi protes dari seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di barat sehinggalah ke Indonesia di timur.

Banyak pertemuan dan perundingan di peringkat regional dan internasional telah diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. PBB juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan telah mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru Israel agar menghentikan segala usaha yang bertujuan untuk merubah status Baitul Maqdis dan pengYahudian Masjid al-Aqsa.

Para pemimpin negara-negara Islam pula telah bergabung dan bersetuju untuk menubuhkan OIC ekoran dari kejadian pembakaran Masjid al-Aqsa tersebut. Mereka telah mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta telah menghasilkan beberapa resolusi bagi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu kesemuanya hanya tinggal sebagai resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya telah terbukti gagal di dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.

Telah berakhirkah ancaman terhadap Al-Aqsa?
Kesan pahit dari pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai oleh dunia Islam sehingga ke saat ini. Banyak lagi peristiwa jenayah yang dilakukan terhadap al-Aqsa, di antaranya:
  • 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi namun usaha mereka berjaya dipatahkan.
  • 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (parlimen) Knesset Israel telah masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis dan mereka telah membaca kitab-kitab suci agama Yahudi di dalam al-Aqsa.
  • 28 September 2000, PM Israel Ariel Sharon, dengan kawalan ketenteraan yang ketat dari pasukan militari Zionis telah melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan telah masuk ke dalam masjid itu. Dia telah mengatakan bahawa lawatan tersebut adalah hak bagi rakyat Israel untuk melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila ini telah menyebabkan tercetusnya Intifada Al-Aqsa.

Kini, setelah 41 tahun pembakaran Masjid al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa yang diberkati itu.






Apakah lagi jenayah Zionis ke atas Masjid al-Aqsa?
Pihak Zionis telah bertungkus-lumus untuk meYahudikan Masjid al-Aqsa sejak dari peristiwa An-Naksah (Malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada 1967.








Banyak lagi, di antara jenayah projek pengYahudian al-Aqsa ialah:
  • Menghalang umat Islam dari menziarahi masjid ini dan memakmurkannya
  • Menghalang usaha membaik-pulih Masjid al-Aqsa yang rosak
  • Merampas Tembok Buraq yang merupakan sebahagian dari al-Aqsa
  • Mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid al-Aqsa
  • Siri Pengeboman secara terancang ke atas Masjid al-Aqsa
  • Siri Pembunuhan umat Islam di Masjid al-Aqsa
  • Penggalian terowong yang besar lagi panjang di bawah masjid ini
  • Mengubah identiti Islam dan Arab kepada identiti Yahudi di Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
  • Pembinaan Sinagog Hover bersebelahan dengan al-Aqsa dll


Sudah terlalu banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap Masjid al-Aqsa yang merupakan jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah qiblat yang pertama umat, masjid yang ke tiga suci serta bumi Isra' dan Mi'raj, Masjid al-Aqsa mesti diselamatkan dari kemusnahan dan kehancuran oleh tangan-tangan pengganas rejim Zionis dan pelampau Yahudi.


Apa yang telah dan sedang berlaku terhadap Al-Aqsa merupakan sesuatu yang sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkan umat Islam dari terus lena dalam buaian mimpi.








Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan Al-Aqsa?
Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah:
  • Bermula dengan diri kita dengan mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.
  • Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam, termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan Al-Aqsa, serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar Al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
  • Menganjurkan program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra' dan Mi'raj ataupun pada Hari Al-Aqsa seDunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolah-sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.
  • Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan masa depan Masjid al-Aqsa.
  • Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.
  • Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.
  • Melonjakkan isu ini ke persada internasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.
  • Berdoa kepada Allah (swt) agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.


Jom... kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan Al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan Al-Aqsa yang tercinta.....


Semoga kita bertemu di Masjid al-Aqsa...










Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin - Perunding Aman Palestin
Ogos 2010

Thursday, September 16, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

by Azhar Abdullah on Sunday, 11 July 2010 at 18:31

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Hati-hati : Facebook Memudahkan Si Bertudung Ditelanjangkan

Hati-hati : Facebook Memudahkan Si Bertudung Ditelanjangkan


Susulan daripada artikel saya sebelum ini (link), yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.

Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.

Islam bukan menyuruh manusia menutup aurat sahaja, tetapi menyuruh juga supaya pandangan itu dijaga. Maka, ia memerlukan 2 tindakbalas, dari sudut penutupan aurat, dan penjagaan pandangan.

Contoh paling mudah, biasa sahaja di kalangan kita yang berkata .. “aku tengok dia ni.. mesti punggung dia besar.. “ atau “aku tengok dia ni.. nampak macam ### kecil”.. Ini kerana otaknya sudah kenal bentuk-bentuk ini. Minta maaf, ayat agak kasar.

Bukan kerana aurat si perempuan tersebut, tetapi pandangan yang membogelkan. Daripada pandangan yang membogelkan ini, maka dia mampu menghasilkan bentuk tubuh si perempuan tersebut dalam bentuk 3D. (kalau belajar animasi).

Apatah lagi gambar-gambar tersebut mudah didapati dalam ruangan Facebook. Lagi kacang la nak imaginasi. Tengok je, dah terbayang. Sedangkan Islam menyuruh kita menjaga pandangan. Oh, ada saja orang kata, kenapa jumud sangat.. kalau gitu semua benda tak boleh tengok..!

Hehe... masih mencari alasan, dan tak perlu nak diulas dengan alasan ini.

Dalam masa yang sama, orang Yahudi boleh mengambil mana-mana gambar yang depa suka walaupun ia di”lock”kan. Jadi, otak depa semua orang kenal. Maka, berkemungkinan mereka boleh ambil sebanyak mungkin gambar-gambar perempuan bertudung, lalu menterjemahkannya dalam bentuk 3D.

Kita pernah lihat, di dalam game FIFA contohnya, muka Bekcham dihasilkan dengan 3D sebijik dengan muka asal. Apa susah? Sekarang ni pun, sudah berlambak adengan-adengan lucah dalam bentuk 3D.

“Yang tu 3D ustaz... bukan aurat kita pun.., depa yang salah,” Terpulang bagi anda untuk menilai. Apa yang pastinya, walaupun dia tidak mengeksploitasi menjadi gambar 3D, ia tetap dapat digambarkan di dalam otak. Atau dengan kata lain, dengan hanya melihat gambar pada Facebook, sudah membolehkan si pelayar tersebut untuk membayangkan tubuh si perempuan tersebut dalam keadaan bogel dan telanjang!

Ada juga yang berkata "Kalau depa tak tengok gambar kita pun, depa dah boleh imagine dah.. nak buat camna.." Ada juga yang berkata.. "jumud la hang... susah la gitu.. semua gambar pun tak boleh tengok" Saya rasa.. ayat ini tak perlu dijawab. Ia hanya memanjangkan penulisan. Ini nasihatku.. sayangi dan hargailah kecantikan yang Allah bagi..

Itu belum lagi dijelaskan tentang gambar yang disuperimposekan. Kepala bertudung, tapi digabungkan dengan badan bogel.. Ha.? Nak jawab ape? Tengok-tengok, muka tu macam kenal.. Lagi la..

Insya Allah, perkara ini saya akan jelaskan di dalam artikel yang lain. Fikir sendiri. Sekadar inilah nasihat saya, terpulang kalau anda ingin mengkritik. Tetapi pastikan ia dijadikan pengajaran. Semoga nasihat ini berguna. Senyum sikit :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...